iYe.. Kena Belasah Bro.. Kalau Lu Tak Percaya, Boleh Pergi Tengok Filem Terbaru Lakonan Scha Al Yahya ,Evolusi KL Drift 2 Kat Pawagam 25 Haribulan Ni @ Tungu DVD Ori Filem Ni Keluar… Hehehe.. Scha Kena Belasah Dalam Filem Je.. Kesian Scha Al Yahya apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Memang tak berhati perut mereka yang melakukannya.. Kan..??

“Kechomelan Di Tahap Yang Melampau”

“Ini filem aksi pertama Scha yang penuh emosi,” ujarnya secara ringkas apabila ditanya mengenai filem terbaru lakonannya.

Syamsul seorang pengarah muda yang berbakatSyamsul seorang pengarah muda yang berbakat

Scha yang tampil dengan imej rambut paras bahu ditemui ketika Majlis Tayangan Eksklusif Evolusi KL Drift 2 di Cathay Cineleisure Khamis lalu.

Seorang pelakon yang berpotensi tinggi dan bebakat besar, Scha telah diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Aleeya, seorang ‘drifter’ wanita.

Bagi Scha, wataknya cukup mencabar dan benar-benar berbeza jika dibandingkan dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya.

“Cabaran dalam filem ini apabila Scha kena belajar ‘drift’ dan buat aksi-aksi sendiri.”

Scha turut berbesar hati dapat berlakon di bawah arahan pengarah muda, Syamsul Yusof.

“Syamsul seorang pengarah muda yang berbakat. Dia memang bagus. Bagi Scha, dia macam orang yang dah lama mengarah.”