“Kami Masih Bersama…” Itulah Kata Putus Ju Bagi Menyangkal Gosip sebelum ini Yang mengatakan bahawa Dia Dan vokalis Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam putus Cinta. Cehh… Melepas Aku.. Baru Nak Masuk Line..

Ini terbukti apabila  Ju Kelihatan Turut hadir menyokong majlis pelancaran album pertama Bunkface bertajuk Phobia Phoney, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
“Itu fitnah. Kami elok je bersama. Kami pun bahagia seperti biasa. Terus-terang kami tak berpisah dan tak ada pula bergaduh.  Alhamdullilah, kami berharap kebahagian kami ini nanti akan sampai ke gerbang perkahwinan,” ujar Sam.


Menyokong kenyataan Sam, Juliana yang bakal berlakon dalam drama Sayang Cendana di TV3 mengakui sudah membaca artikel tersebut di Internet

“Kalau kami bergaduh dan tidak bersama, takkanlah Ju datang ke majlis hari ini. Terus-terang, kami masih lagi pasangan kekasih. Mungkin semua ni timbul sebab orang dengki dengan kami (Aku La Orang Yang Dengki Tu…) dan saja nak buat propaganda(Buat Propaganda bukan Aku…Hehehe… )

“Kadang-kadang tu, Ju sendiri tak faham kenapa gosip sebegini muncul. Namun, Ju tak kisah dan tak ambil rungsing. Lagi satu, gosip yang mengatakan Ju banyak masuk campur dalam pengurusan Sam dengan Bunkface adalah palsu dan tidak benar,” jelas Ju.
Mendalami kisah cintanya itu, Ju menyatakan sudah setahun berpacaran dengan Sam.  Bagaimanapun, sedikit pun mereka tidak terfikir untuk memgikat tali pertunangan  atau berkahwin dalam masa terdekat ini.

“Kami dah setahun bercinta. Bagi Ju, cerita sebegini mungkin terjadi disebabkan kami tak gemar nak bercakap pasal hubungan kami. Kami lebih suka cerita pasal kerjaya seni masing.

“Macam Ju dengan kegiatan sebagai pelakon dan pengacara dan dia (Sam) pula sebagai vokalis Bunkface. Dalam hal bertunang atau berkahwin pula, rasanya ia masih terlalu awal untuk kami nak rancang apa-apa.  Lagi pun kami berdua masih lagi muda.

“Kami sama seperti orang lain. Memang kami ada keluar dating, dinner dan tengok wayang bersama.  Apa yang Ju boleh cakap, kami adalah pasangan kekasih yang normal.  Ju faham memang ramai nak tahu tentang hubungan kami. Tapi setakat ini sajalah yang kami dapat kongsi dengan peminat,” kata Ju.

Difahamkan Sam pernah memberi galakan kepada Ju untuk menjadi penyanyi. Bagaimanapun, bekas pengacara Remaja ini belum bersedia dan mahu fokus pada bidang lakonan dan pengacaraan.
Apa yang pasti,  menerusi album Phobia Phoney, Sam ada mencipta sebuah lagu yang ditujukan khas buat Ju.Lagu itu bertajuk You and Me. Sebenarnya, jalan cerita You and Me merangkumi kisah kehidupan saya dan Ju,” ujar Sam.Chomelkan Diorang Ni…

P/S: Pernah Jumpa Ju Kat Starbucks The Curve.. Teramat La Sexy… Dia Sorang Je Time Tu..

Jom Layan Gambar Dia Yang Chomel Ni.. Klik Tuk Bagi Dia Besar..