Tahniah diucapkan Kepada Zizan Nin Dan Fazilah Hani yang juga merupakan seorang pembaca berita untuk NTV7 Kerana selamat dinikahkan di Masjid Negara Baru-Baru Ini.Pasangan kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Abdullah Hasyim dan berwalikan bapa kepada Fazilah Hani iaitu Dato Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651. Kawin Gak Korang Ye… Hehehe…

Zizan Berjaya Dengan Hanya Sekali Lafaz (aLa.. Aku Dulu Pon Lafaz Skali Gak..) Zizan Sekarang Sudah Bertukar Status Dari Single To Not Available.. Majlis Pernikahan Ini Dihadiri Oleh Keluarga, Saudara-mara Terdekat Dan Member-member Kamcing Je.. Selesai dinikahkan, majlis diteruskan dengan lafaz taklid dan diikuti dengan upacara membatalkan air sembahyang dengan pasangan pengantin bertukar-tukar cincin tanda ikatan cinta yang telah termeterai.


Daripada Gambar Yang Korang Boleh Tengok Kat Sini, Kegembiraan Yang Melampau Dapat Dilihat Dari Wajah Kedua-dua mempelai ini.. Selain menerima mas kahwin, pengantin perempuan turut menerima sejumlah wang hantaran yang jumlahnya dirahsiakan(RM20,000 Kot). Wang hantaran ini termasuk di dalam tujuh dulang hantaran yang dihadiahkan kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan, pihak perempuan memberi sembilan dulang hantaran.

Barang-barang hantaran yang diberikan oleh Zizan kepada Hani terdiri daripada sireh junjung, telekung, beg tangan,beg plastik tesco kasut jenama Jimmy Choo dan set alat mekap daripada M.A.C. Manakala hantaran Hani kepada Zizan terdiri daripada sejadah dan Al-Quran, sireh junjung, sepasang kemeja, kasut, dompet dan tali pinggang Gucci, set wangian DKNY, set penjagaan kulit Lab Series dan manisan. Time Aku Kawin Dulu, Aku Buat Hantaran Barangan Avon Je… Hehe..

Zizan dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah Pada 31 Mac ini bagi menunaikan umrah selama 10 hari bersama-sama keluarga isteri Tercinta. Aku Ngan Bini Aku Dulu Pergi Bali Je.. Tu Pon Company Sponser.. kuikuikui…

So, Kami Di aReaLCelebrity Berharap Perkahwinan Ini Kekal Sepanjang Hayat.. Amin…

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan, Klik Kat Gambar Untuk Tumbesaran..