Tahniah Diucapkan Kepada Marion Caunter Dan Dominic Lau Yang Bakal Mengendalikan Programe E! News Asia.. Bukan Senang Untuk Di Pilih Menjadi Host Rancangan Ini.. Cayalah Maraton Marion..

BAKAT sebagai pengacara sudah terbukti apabila diberi kepercayaan mengendalikan program secara langsung. Pengacara jelita, Marion Caunter memulakan karier menerusi program 8TV Quickie dan One In A Million (OIAM) kemudian menimba pengalaman bersama Channel [V].

QQ

Marion, 29, yang berasal dari Pulau Pinang, sebelum ini Pernah Bercinta Dengan Aku turut menunjukkan bakat sebagai penyampai radio Hitz FM. Sungguhpun dia lebih dikenali ramai menerusi bakat mengacara, dia masih bersemangat meluaskan pengalaman dalam bidang itu.

Bermula 28 Mac lalu, Marion kembali menghiburkan penonton depan TV. Kali ini, dia bukan lagi penyampai Channel [V] sebaliknya bertanggungjawab mengendalikan program baru, E! News Asia yang bersiaran setiap Ahad, jam 9.30 malam. Baca Berita Penuh Di Sini

Dalam program ini yang berkonsepkan berita hiburan menyaksikan dia bergandingan bersama rakan pengacara, Dominic Lau (Dom). Katanya, dia selesa untuk bekerjasama dengan Dominic yang sebelum ini turut terbabit dalam program menerusi Channel [V].

QQ

“Kami pernah berjenaka untuk menjadi pengacara program ini, tetapi tidak sangka Dom juga mencuba nasib ketika uji bakat diadakan.

“Bagi saya, kami mempunyai keserasian untuk mengendalikan program ini dengan lancar. Menerusi episod pertama, kami berpeluang merakam kemeriahan Festival Filem Antarabangsa Hong Kong.

“Begitu juga, kami melakukan penggambaran pada setiap minggu di satu studio di Singapura yang mempunyai set yang sama seperti program E! News yang dikendalikan Ryan Seacrest bersama Giuliana Rancic di Hollywood.

“Biarpun program ini adalah versi Asia, kami mahu ia juga menghiburkan sambil menyampaikan pelbagai maklumat dan berita hiburan terkini dari seluruh Asia dan Hollywood,” katanya.

Marion yang menganggap Dom sebagai adik lebih meminati bidang fesyen manakala Dom cenderung kepada muzik dan filem. Mereka bertuah kerana berjaya mengatasi lebih 100 peserta yang hadir pada uji bakat yang diadakan pada pertengahan Februari lalu termasuk beberapa artis lain seperti Sarimah Ibrahim, Aishah Sinclair dan Sazzy Falak.

Dom, 28, berasal dari Hong Kong menyatakan kerjasama antara Marion mahupun kru dalam program ini umpama satu keluarga. Dalam meluaskan pengalaman sebagai pengacara, dia berharap dapat bekerja keras untuk menjadikan program ini berjaya.

“Saya percaya jenama program ini sudah cukup kuat untuk menarik perhatian penonton. Menerusi program ini, ia memberi peluang pada saya untuk mencari pengalaman baru.

“Ketika hadir uji bakat program ini, ia seperti program realiti American Idol yang mempunyai barisan juri profesional yang menilai bakat peserta.

“Menerusi peluang ini, saya dan Marion akan berusaha mencari bahan berita hiburan yang menarik dan eksklusif untuk disampaikan pada penonton,” katanya.

Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Comcast International Media Group, Christine Fellowes, berkata, program ini yang ditayangkan menerusi saluran E! Entertainment (Saluran 712) menyampaikan pelbagai berita hiburan antarabangsa dari Hollywood termasuk negara Asia.

Menariknya, program ini turut memberi liputan pada acara tempatan yang diadakan di negara ini. Mengenai pemilihan Marion dan Dom sebagai pengacara program ini, ia dibuat berdasarkan kesesuaian bakat dua selebriti itu mengendalikan program ini.

“Tidak dinafikan, kami menemui ramai pengacara berbakat termasuk dari negara ini yang hadir pada uji bakat. Kami percaya mereka mempunyai kelebihan yang mampu menarik perhatian penonton menyaksikan program ini.

“Dalam program ini, kami memberi fokus kepada berita hiburan seperti majlis anugerah termasuk kehidupan selebriti popular termasuk artis tempatan di sini. Mungkin pelbagai acara menarik di negara ini dapat diselitkan dan dapat dikongsi bersama penonton di negara Asia lain,” katanya.

PROFIL

NAMA: Marion Rose Caunter
NAMA KOMERSIAL: Marion Caunter
TARIKH LAHIR: 5 November 1980
USIA: 29 tahun
ASAL: Bayan Baru, Pulau Pinang
STATUS: Bujang
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Penyiaran dan Komunikasi Elektronik di Universiti Marquette, Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.
PENGALAMAN: Wartawan Penyiaran Stesen 18 Milwaukee’s, Pengacara 8TV Quickie, Channel V dan penyampai radio Hitz FM

PROFIL

NAMA: Dominic Lau
NAMA KOMERSIAL: VJ Dom
TARIKH LAHIR: 3 Mei 1982
USIA: 27 tahun
ASAL: Hong Kong
KERJAYA: Model dan pengacara
PROGRAM: Channel [V], VIP Access (Star Movies) dan E! News Asia

Sumber:Metro Online

QQ