Al-Fatihah Sekali Lagi Kepada Arwah Achik Spin Yang Telah Pergi Meninggalkan Kita Semua Pada Petang Sabtu 17 April Yang Lalu. Jenazah Arwah Achik Telapun Selamat Di Semadikan Di Makam Tuan Haji Said di Seremban, Petang Semalam.jenazah Allahyarham Achik dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.Baca Gosip Sampai Habis

.


Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, SitiNordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu ‘Janji Kita’ terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya,

Apa Yang Lebih Menyedihkan Aku Apabila Mendengar Kenyataan Isteri Arwah Achik Spin,Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, Yang Berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.”Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan saya,” katanya.

Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emakny asetelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.”Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk ‘melihat’ isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan,” katanya.Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.”Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.”Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petangsemalam sebab keretanya jauh sedikit…..tahu-tahu jam 6 petang dia sudahmeninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nanalihat anaknya panggil ayah,” katanya.Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi danaktif.”Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini,” katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.”Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun,” katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.”Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordianamelalui khidmat pesanan ringkas,” katanya.

 

P/S: Sesungguhnya, Ajal Maut Di Tangan Tuhan, Janganlah Kita Leka Dengan Kekayaan Di Dunia. Bagi Aku, Yang “Pergi” Hanya Jasad Arwah Achik, Nama “Achik Spin” Akan Sentiasa Berada Disamping Keluarga Dan Peminat Beliau.. Sama-sama lah Kita Mendoakan Semoga Arwah Achik Ditempatkan Dengan Orang-Orang Yang Beriman… Amin..

QQ