Heboh Semalaya Mengatakan Yang Noh Hujan Atau Nama Sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25 Telah Menghina Seorang Student Dari UNISEL Dengan Memberi Sign Autograph bertulis “AWAK BUSUK”. Aku Pon Tak Tau Apa Nak Cakap Dengan Artis Kita Sekarang Ni.. Baru Je Nama Naik Sikit, Dah Mula Nak Menghina Orang.. Mesti Kecik Ati Student Kat Sana Dengan Tindakan Dan Layanan Noh. Sambung Baca Kat Sini

Tapi Mungkin Juga Noh Cuma Mahu Bergurau Senda Dengan Peminatnya.. Tapi Cuma Agak Kasar Sikit Kot.. Ini Jawapan Noh Kepada Peminatnya.. Dia Jawap Guna Twitter Je..

Tak Sangka Pula Aku Si Noh Ni Macam Ni.. Nampak Macam Ok Je Sebelum Ni.. Mentang-mentang la Awekz Dia Da Gelamer Skung Ni..
Oh! Noh, Kusangka Hujan Hingga Ke Petang, Rupanya Kau Suka Menhina Orang… Choii…!!

Jadi, Jikalau Korang Salah Sorang Student Dari UNISEL Yang Sedang Membaca Gosip Ni, Silalah Tinggalkan Comment Eh..

Label

Potongan Paper Terdahulu:

SEORANG gadis remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Zee, 20, tampil membuat pengakuan kepada B*Pop mendakwa artikel atau gosip yang disiarkan menerusi akhbar ini berjudul ‘Vokalis kumpulan indie biadab, hina warga universiti’ terbitan 16 Mei lalu sebagai satu cerita benar. Malah, tanpa berselindung dan penuh yakin, dia menamakan penyanyi yang dimaksudkan itu sebagai Noh iaitu vokalis band popular ketika ini, Hujan.

Zee mendakwa, dia yang menjadi peminat kumpulan muzik itu turut menjadi mangsa kebiadapan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu menerusi sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk kursus Diploma Teknologi Fotografi di sebuah universiti tempatan. Zee yang juga pelajar tahun akhir kursus berkenaan mewakili rakannya yang lain menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap Noh yang dianggap keterlaluan itu.

“Selepas membaca artikel berkenaan, saya pasti penyanyi indie yang dimaksudkan itu ialah Noh Hujan! Kejadian berlaku di universiti tempat saya belajar. Noh bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun, autograf yang kami peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan yang ditulisnya ‘Awak Busuk’!

“Sepatutnya Noh menulis namanya atau menurunkan tanda tangan jika peminat meminta autograf, bukan tulis ‘Awak Busuk’! Mungkin ini adalah autograf terbaik daripadanya! Saya harap artis lain tidak mencontohi sikap Noh Hujan,” kata Zee penuh kesal.

Pihak fakulti menganjurkan majlis berkenaan untuk memberi anugerah kepada pelajar berdasarkan pencapaian hasil kerja kursus mereka. Selain Noh, artis atau selebriti lain yang turut dijemput ialah tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr Jins Samsudin; Datin Paduka Shuhaimi Baba; Datuk Yusof Haslam dan Datuk Siti Nurhaliza.

P/S: Zee Yang Buat Report Ni Zee Avi Kot..??

P/S/S: Tak SenoNoh Punya Noh…🙂

Celebrity Malaysia, noh hujan, noh hujanbiadap,noh hujan kurang ajar,noh hujan biadap,noh hujan macho,rambut noh hujan,awek noh hujan,girlfriend noh hujan