Kepada sesiapa Yang Menonton Buletin Utama Jam 8 Malam Tadi, Korang Mesti Ada Terdengar Berita Berkenaan Penangkapan Artis Bekas Kumpulan Komedi Terkenal Di Sebuah Pusat Hiburan Di Sunway Piramid Sekitar Pukul 1 Pagi Tadi. Pada Mulanya, Aku Sangkakan Apek Buat Hal Lagi.. Tapi, Setelah Rondaan Di Lakukan Di Blog2 Dan Forum, Baru Ku Tau Pelawak Yang Dimaksudkan Itu Tadi Ialah Yassin Atau Nama Sebenarnya Yassin Yahya.. Lepas Tu, Turut Kantoi Bersamanya Ialah Pengurusnya.. Mmm… Macam Ni Ke Jadi Pengurus ?? Diri Sendiri Pon Tak Terurus… Sambung Baca Di Sini

Sebelum Ini Yassin Pernah DiTahan Kerana Menggambil Jenis Dadah Yang Sama.. Aku Ingatkan Dia Dah Insaf Sekarang… Mmm..Susah Kan Nak Tinggalkan Benda Shilaka Ni… Aku Harap, Apek Betul-betul Insaf.. Jadi, Kepada Adik-adik Dan Mat Rempit Yang Sedang Leka Membaca Sekarang ni.. “JAUHILAH DIRI ANDA DARI DADAH
Sekian, Terima Kasih.

SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya , ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

“Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

“Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin,” kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 artis komedi kena tangkap, pelakon komedi di tahan lagi , pelakon komedi di tahan lagi kerana dadah, siapakah pelakon komedi di tahan lagi, yassin senario kena tangkap,artis lelaki kena tangkap tv3, pelakon komedi di tahan lagi buletin tv3