Salam Merdeka Buat Pembaca… Lagi Kes Buang Bayi, Bayi Yang Baru Di Lahirkan Ini Masih Hidup Dan Di Jumpai Oleh Orang Awam Di Dalam Sebuah Beg Yang Tergantung Di Papan Tanda “Beri Laluan” Berhampiran Lampu Isyarat Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview Dan Stadium Shah Alam, Kira-kira Jam 5.30 Petang Ahad, 29 Ogos 2010. Sambung Baca Di Sini

Bayi sedang dikipas…

Bayi Yang Di Jumpai Ini Masih Lengkap Bertali Pusat Dan Berdarah, Di Percayai Baru Di Lahirkan 1-2 Jam Yang Lepas… Bungkusan Ini Mungkin Di Jumpai Oleh Orang Awam Yang Lalu Lalang Di Kawasan Ni *Atau Baru Balik Dari Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam*

  Ketibaan pegawai kesihatan

Aku Pon Tak Tahu Apa Nak Jadi Dengan Manusia Zaman Sekarang Ni.. Buang Bayi Macam Buang Sampah Je.. Takde Otak Langsung, Kuang Ajaq, Biadap Dan Yang Sama Waktu Denganya..
Biasanya Aku Akan Berulang-alik Ke Tempat Kerja Aku Lalu Jalan Ni.Tapi, Nak Jadi Cerita, Masa Hari Kejadian Ni Aku Off Day La Pulak..

 Bayi disangkut dalam paper bag kat tanda ” Beri Laluan “

Kalau Tak, Mesti Dapat Tengok Bayi Yang Chomel Ni.. Nasib Baik La Bayi Ni Masih Hidup.Biasanya, Kelibat Anjing Kelihatan Selalu Bermain/Berpeleseran/Bersekedudukan/Berkeliaran *Potong Ayat Yang Tak Berkenaan* Kat Kawasan Ni..

Pegawai kesihatan sedang cek tali pusat yg belum dipotong

Mak Bapak Yang Buat Dosa.. Anak Kecil Yang Tak Berdosa Menjadi Mangsa..

 Tali pusat bayi selamat dipotong  dan dibersihkan…

Kalau Korang Nak Tau, Bayi Ni Berkemungkinan Besar Di “Proses” Pada Malam Tahun Baru.. Biasa La Kan.. Malam Muda Mudi Dok Enjoy Dan Berpesta.. Lepas Celebrate New Year, Mabuk-mabuk, I Love U – U Love Me, Abang Buat Abang Tanggung *Ayat Sebelum Mengawan*. Pas Tu Celebrate Kat Dalam Bilik Atau Hotel Murahan Yang Bersepah Kat Kawasan Kita Sekarang Ni..

Bayi sedang diangkat untuk transfer ke dalam selimut yang bersih….kebetulan ada orang ramai yang ada anak kecil…dermakan kain selimut…

Akibatnya…!!! Ini Lah Yang Terjadi.. Buang Bayi.. Nasib Baik Masih Hidup, Kalau Tak Bernyawa Dapat Extra Lagi Satu Dosa… Kira Package La Tu..

  bayi sedang transfer ke kain selimut yang bersih

Sakit Hati Aku Bila Mendengar Berita Tentang Kes Buang Bayi Macam Ni.. Korang Jangan Terkejut Dalam Masa 2-3 Hari Lagi Akan Keluar Berita Pasal Kes Buang Bayi Begini Akan Berulang Lagi Dan Lagi Dan Lagi.. Pasal,Pada Kajian Aku *Kajian Aku !! Choii…!!!* Bulan September,October dan Bulan November Mencatatkan Jumlah Buang Bayi Paling Banyak Kat Malaysia… Kat Negara Lain Aku Tak Pasti La Pukak.. Tapi Kenapa Bulan Bulan Ini..?? Lu Pikir La Sendiri… Hehehe…

 Kelihatan darah masih fresh di badan bayi…

Kalau Dapat Mak Bapak Kepada Bayi Ni, Elok Pijak Je Ramai-Ramai.. Biar Mamp*** Idup Menyusahkan Orang Je Buat Apa.. Eee…. Geram Betul La Aku..

bayi selamat ditransfer dalam selimut bersih

Haa… Tangok Ni… Comel Nye…Kadang-kadang Terasa Nak Letak Signboard “Sila Buang Bayi Di Sini” Kat Depan Pintu Rumah Aku, Baik Aku Jaga Dia Orang Je.. Tapi, Kang Dah Macam Menggalakan Pasangan Yang Vodoh Ni Buat Maksiat La Pulak.. Buat Projek, Pas Tu Buang Kat Depan Rumah Aku.. Aku Ingat Mau Satu Hari Boleh Dapat 5-6 Orang Bayi Kat Depan Rumah Aku.. Oooo… Tak Leh.. Tak Leh..

 kelihatan tali pusat sesudah dipotong…

Dan, Nasihat Aku Kepada Pembaca Yang Masih Muda *Tua Pon Sama Gak* Dan Yang Sedang Mabuk Bercinta.. Ingatlah ALLAH, Ingat Mak Bapak Yang Membesarkan Kita, Ingat Dosa.. Jangan Ingat Nak Enjoy Je, Sedapnya 15 Minit, Lepas Tu 9 Bulan Menderita.. Cukup Bulan Buang Bayi, Buat Lagi Satu Dosa.. Jangan Di Ikutkan Sangat Permintaan Pasangan Anda Yang Telah Di Rasuk Setan Tu.. Apapun yang Di Janjikan Olehnya Itu Semua Dusta Belaka.. *Ayat Dusta Tu Macam Takleh Blah Je*

bayi selamat ditransfer dalam selimut bersih

Sebelum “Bersama”, Macam-macam Janji Manis Akan Di Taburkan.. Nak Bertanggung Jawap La.. Nak Kahwin La.. “Buang Luar” Kompom Tak Menjadi La.. Mengaku Abang Mandul La.. *Ada Ke Macam Ni ?* Dan Macam Macam Lagi… *Eh…!!! Aku Macam Pengalaman La Pulak…* Ini Ayat Daripada Hasil Kajian Selama 183 Taun Yang Aku Jalankan Kepada Kawan Kawan Liar Ku.. Hehehe.. *Jokes*

 bayi sedang diselimutkan

Jadi, Aku Teramatlah Setuju Dengan Cadangan Kerajaan Malaysia Dengan Membuat Undang Undang Gantung Sampai Mati Kepada Pasangan Buang Bayi Yang Berjaya Di Tangkap Ni.. Kalau Setakat Membayar Denda, Aku Rasa Masaalah Ini Tak Mungkin Dapat Di Kurangkan.. Cuma Kerajaan Akan Dapat Extra Money Je La.. Dan Kes Buang Bayi Masih Berjalan Seperti Biasa..

simpang 3 tempat kejadian

Tak Tau La cadangan Ini Dah Di Luluskan Oleh Pihak Kerajaan Ke Belum, Aku Pon Dah Lama Tak Tengok Tv Pasal Tv Kat Rumah Dah Rosak.. Tv Berjenama Samseng Samsung Tu Baru Je Aku Guna 2 Tahun, Dah Rosak Pulak.. Dah La Nak Raya Ni.. Takan Orang Datang Beraya Kat Rumah Nak Bagi Dengar Radio Pulak Kan..!! Dah La Banyak Rancangan Menarik Time Raya Nih.. Adoiyai… *Macam Dah Lari Topik Je..?? Shadap U !! Hehehe…*

 kain asal bayi dibungkus

Akhir Kata Dari Aku, Fikir Dulu Sebelum Buang… Anak Adalah Anugerah Dan Amanah ALLAH Kepada Kita.. Tahukah Korang *Pasangan Yang Membuang Bayi* Betapa Bestnya Mempunyai Anak.. Best Sangat.. Tahun Ini Aku Beraya Untuk Kali Kedua Bersama Anak Kesayangan Ku Yang Bernama Muhammad Fazreal Ryan..

Gatai Pala La…

Kechomelan Yang Di Warisi Daripada Bapanya….!!!

Yang Ni Gambar Tebaru, Berambut Pendek, Di Ambil Ketika Majils Berbuka Puasa Bersama Artis Pada Sabtu Lalu.. Peratus Kechomelan Menurun Secara Mendadak Sebanyak 2.15%.. This is My Fault… Aku La Yang Potong Rambut Dia Ni.. Rasa Menyesal Pon Ada Gak.. Tapi, Tengok Dia Asik Dok Tarik-Tarik Rambut Panjang Dia Tu Membuatkan Aku Nekad Untuk Mendogolkan Kepala Dia… Apa Bleh Buat, Bak Kata Pepatah “Telajak Perahu Boleh Di Reverse, telajak Potong Rambut Kena Pakai Rambut Palsu”. Tebakar Kampung Tenampak Asap, tebakar Hati Siapa Tahu… Takpa Nak, 3-4 Bulan Lagi Panjang La Ni Kan… Hehehe… *Oh! Lari Topik Lagik…!!!*

P/s: Thanks To Kawan Kawan Facebook Yang Sudi Share Gambar Nih.. Love U All.. Korang Jangan Lupa Untuk Share Berita Ini Dengan Yang Lain Okey, Tekan Je Butang “Like” Kat Bawah Ni Ha.. Sharing Is Caring Maa….!!!

P/s/s: Kepada Promoter Ku Yang Bertugas Di Kawasan Shah Alam.. Korang Punya Kerja Ke Ni..? Hehehe… Anak Ko Eh Wan..??

P/s/s/s:Ehh… Lupa Lak… Malam Tadi (Malam Merdeka) Pun Salah Satu Malam Musim Mengawan Muda-Mudi Gak Tu.. Taunggu Je La Lagi 9 Bulan..

P/s/s/s/s:Korang Setuju Tak Dengan Rancangan Kerajaan Malaysia, Buang Anak Hukumanya Gantung Sampai Mati…???

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL: Buang Bayi, Gambar Buang Bayi, Buang Anak, Gambar Buang Anak, Bayi, Gambat Baby Di Buang, Pesta Muda mudi, Sebarkan Berita Ini Kepada Kawan Korang Di Facebook Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.