Salam Semua, Tahniah Di Ucapkan Kepada Maizawati Zainal Kerana Berjaya Memenangi Anugerah Fotogenik Dalam Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 Yang Telah Berlangsung Di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya Pada Ahad Lalu.. Walaupun Gagal DiNobatkan Sebagai Pemenang Utama, Maiza Tetap Bershukur Dengan Menerima Anugerah Sebagai Fotogenik Terbaik.. Baca Lagi Di Sini…

Kata Maizawati, mungkin dia kalah kerana persembahannya yang tidak lancar pada majlis yang dihoskan oleh pelakon Bollywood terkenal, Shakti Kapoor itu.

“Saya memakai tumit tinggi yang tidak selesa sehingga tumit kasut itu termasuk dalam lubang dan menyebabkan saya hampir terjatuh. Jadi, saya reda dengan kekalahan ini,” katanya yang mewakili negeri Sabah, negeri suaminya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim, 23, dalam pertandingan itu.

Maizawati atau mesra disapa Maiza membawa pulang hadiah berupa mahkota dan trofi.

Sementara Sheela yang merangkul gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut, trofi dan mahkota serta berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertandingan anjuran MBQ World Sdn Bhd itu bertujuan mencungkil bakat dan model baru untuk menyerlah potensi mereka secara menyeluruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, televisyen komersial dan radio, medium pengiklanan, termasuk lakonan dan nyanyian.

Pertandingan itu terbuka kepada wanita yang telah berkahwin, berusia 21 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia. Mereka perlu mewakili negeri sendiri atau negeri suami masing-masing.

Yang membezakan pertandingan ini dengan pertandingan ratu cantik yang lain, Presiden MBQ World, Datuk Molly Malakias Yoshioka berkata, penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang.

Seramai 14 peserta bertanding dalam pertandingan tersebut yang disertai pelbagai golongan seperti Melayu, Cina dan India.

Senarai Nama Pemenang,

Juara – Sheela Arumugam
Naib juara dan Anugerah Personaliti Terbaik – Junaida (Selangor)
Tempat ketiga dan Anugerah Kulit Cantik – Shariah Ahmad (Perlis)
Tempat keempat dan Anugerah Wajah Cantik – Ruzaina Mat Nasir (Kelantan)
Tempat kelima- Tengku Putri Nor Azilina Tengku Ahmad Shah (Kuala Lumpur)
Anugerah Model Terbaik – Nooraini Harun (Johor)
Anugerah Temubual Terbaik – Vimleswary K Rajan (Pahang)
Anugerah Pakaian Terbaik  – Siti Raihan Mohd Radzi (Terengganu)
Anugerah Senyuman Terbaik – Vickneswary (Kedah)
Anugerah Bakat – Rubah Rajoo (Perak)
Pakaian Negeri Terbaik – Rohani Lee Simpan (Sarawak)
Anugerah Congeniality – Sheela Nagamah Miniasphirn (Pulau Pinang)

Sumber:mStar Online

P/s: Maizawati Zainal Pon Ada Time Aku Berbuka Puasa Di Majlis Anjuran mStar Sabtu Lalu.. Pendiam Je Orangnya…
P/s: Sekali Tengok, Pemenang Pertandingan Ni (Sheela Arumugam) Ada Iras-Iras Apek Senario Pon Ada Gak… Hehehe..
P/s/s:Apakah Perbezaan Di Antara Fotogenik Dan Fotogedik..?? Haa… Jawab.. Jawab..

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL:Mrs Beauty Malaysia 2010, pemenang Mrs Beauty Malaysia 2010, gambar pemenang Mrs Beauty Malaysia 2010, pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010, Sheela Arumugam, facebook Sheela Arumugam,Maizawati Zainal, gambar Maizawati Zainal, facebook Maizawati Zainal, Maizawati Zainal facebook, gambar Maizawati Zainal terbaru, Maizawati Zainal di mstar Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.