Salam Buat Semua, Mesti Ramai Di Antara Kita Yang Dah Lama Dan Tak Sabar Lagi Untuk Menunggu Model Proton Baru,Proton Inspira Yang Bakal Menggantikan Proton Waja.. Kan..!! Aku La Salah Sorang Yang Paling Tak Sabar Kan Tengok Kereta Proton Inspira Ni.. Bukan Nak Beli Pon.. Saje Je Nak Menyebok Kat Showroom Tu Ha..Hari Ini, Proton Dengan Bangganya Melancarkan Model Kereta Proton Inspira Ni.. Dengar Gossip Liar Mengatakan Kereta Ini Takde La Mahal Sangat Pon.. Kalau Untuk Model Yang Enjinnya Berkapasiti 1.8 Liter, Harganya Di Bawah RM80K Aje… *Aje ???* Dan Untuk Enjin Yang Berkapasiti Nurhaliza 2.0, Harganya Pula Di Bawah RM95K.. Pun Aje..!!! Murah Kan..??? Jom Kita Beli Sorang Nam Bijik…!!! Read More…!!!

Untuk Pengetahuan Korang Yang Tak Tahu… Proton Inspira *Klon EvoX* Ini Dihasilkan Dengan Berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) Hasil Kerjasama Bijak Dengan MMC *MMC, Memory Card Untuk Phone Nokia 6600 Ke ??* Canggih Kan..?
Kat Bawah Ni Specifications Untuk Kereta Proton Inspira.. Mana La Tau Kot Kot Korang Berkenan Nak Membelinya…!!!

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

Jadi, Kepada Sesiapa Yang Berminat Dengan Kereta Proton Inspira Ni, Korang Boleh La Ke Proton Edar Berhmpiran Anda.. Hanya Dengan Wang Pendahuluan *Booking* Sebanyak RM1000, Korang Bakal Bergaya Dan Tampak Anggun Daripada Jiran-Jiran Anda.. Sekian Terima Kasih..

Petikan Daripada Akbar2 Hari Ini.. Aku Copy Paste Je.. Senang Dan Jimat.. Sila Klik “Buka”

Spoiler:
SUBANG JAYA 14 Okt. – Proton hari ini melancarkan model baru yang dinamakan Proton Inspira bagi menggantikan model Waja di pasaran. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000. Tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar. – Utusan – Sumber: Utusan Online

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia. Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini. – Sumber: Bharian Online

SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.

Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.

“Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

“Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian,” katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini. Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. – Sumber: mStar Online

Video Pelancarannya Hari Ini…

http://www.youtube.com/v/uwwCpsk0P1E?fs=1&hl=en_US

P/s:Untuk Gambar Proton Inspira Yang Lain, Sila Lawati Facebook Fan Aku… Banyak Sangat Gambarnya.. Kang Hang Lak Blog Aku Yang Memang Lemau Ni Ha…

P/s:Aku Masih Setia Pada Proton Satria Aku…

P/s/s:Apa Pendapat Korang Dengan Proton Inspira Ni.. Okey Ke Tak…?

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Proton Inspira,Harga Proton Inspira,gambar Proton Inspira,video Proton Inspira,Proton Inspira baru,Proton Inspira evo,Proton Inspira cantik,harga Proton Inspira 1.8,harga Proton Inspira 2.0,enjin Proton Inspira,tayar Proton Inspira,warna Proton Inspira,Proton Inspira on the road,Proton Inspira pilihan,pelancaran Proton Inspira,downpayment Proton Inspira,Proton Inspira malaysia Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.