Salam Buat Semua,Mahkamah Hari Ini Menjatuhkan Hukuman 2 Bulan Penjara Dan Denda Sebanyak RM4000 Kepada Wan Aminuddin Wan Ismail Atau Lebih Mesra Alam Di Panggil Ameng Spring Di Atas Kesalahan Memasukan Dadah Jenis Ganja Ke Dalam Badan Ketika Di Tahan Oleh Bahagian Siasatan Jenaya Narkotik Pada April Lalu.. Memasukan Ganja Kedalam Badan ?? Ikut “Saluran” Mana Eh…?? Ikut Tuttt Tu Ke…Read More…!!!

Posing Terakhir Sebelom Masok Lokap…

Apa nak JAdi Kepada Artis Zaman Sekarang Ni Kan..!! Macam-macam Ada Hal.. Dadah, Clubbing, Arak Dah Menjadi Perkara Biasa Dalam Kehidupan Harian Mereka.. Macam Mana Lapisan Artis Baru Nak Jadikan Mereka Sebagai Role Model.. Kat Bawah Ni Petikan Paper Hari Ini.. Klik “Buka” Untuk Membaca..

Spoiler:
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu.

Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun.

Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Beliau turut menolak dakwaan Ameng bahawa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur kerana menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut.

Zaki memberitahu, sekiranya Ameng gagal membayar denda tersebut, dia akan dikenakan hukuman empat bulan penjara.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Bagaimanapun, Ameng dibenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dengan syarat vokalis tersebut perlu memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar meminta mahkamah menaikkan ikat jamin sebanyak RM2,000 lagi dengan penjamin yang sama. Sebelum ini, Ameng diikat jamin dengan RM3,500 oleh isterinya.- mStar

Video Yang Takde Kena Mengena Dengan Post Ini.. Sila Saksikan… Siapa Lebih “Berkuasa” Hehehe…

http://www.facebook.com/v/450934529436

P.s:Artis Zaman Sekarang, Terkenal Bukan Kerana Bakat. Tak Macam Zaman P.ramlee Dulu-dulu.. Kan ?

P.p.s:Jahat Macam Mana Pun Dia, Lagu Nyanyian nya Sentiasa Menjadi Poojaan Hatiku.. Tak Caya Korang Boleh Try Download Kat Sini..

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Album Terbaru Ameng Spring, Ameng Spring, Ameng Spring Kena Tangkap, Ameng Spring Positif Dadah, Ameng Spring Tangkap Polis, Ameng Spring Ugut Bekas Isteri, Ameng Spring Ugut Isteri, Bekas Isteri Ameng Spring, Gambar Ameng Spring, Gambar Bekas Isteri Ameng Spring, Gambar Penangkapan Ameng Spring, Gambar Terbaru Ameng Spring, Gossip Ameng Spring, Kekasih Ameng Spring, Kes Mahkamah Ameng Spring, Kes Ugut isteri Ameng Spring, Lelaki Sejati Ameng Spring, Siapa Ameng Spring?, Siapa Bekas Isteri Ameng Spring?, Skandal Ameng Spring Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.