Salam Buat Semua, Lagi Kemalangan Yang Melibatkan Bas Dan Kali Ini Lebih Menyedihkan Bila Hajat Mangsa Kemalangan Yang Maut Untuk Menegur Pemandu Bas Supaya Memperlahankan Bas Yang Di Naiki Mereka Gagal Apabila Bas Ekspres Transnasional Yang Di Pandu Laju Itu Melanggar Pembahagi Jalan Dan Terjunam Ke Tali Air Di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi Pahang Kelmarin.. Kita Tunggu Dan Dengar Pengakuan Pemandu Bas Ni Nanti Eh.. Apa Yang Dia Akan Cakap… Apa Alasan Yang Bakal Di Beri.. Read More…!!!

Bulan Lepas Dah 3 Kemalangan Di Catatkan.. Bertambah Pilu Rasanya Bila Mendapat Tahu Bahawa Mangsa Yang Terkorban Bakal Melangsungkan Pertunangan Pada 11 November Ini..Ingatkan Tregedi Oktober Dah Berakhir, Tregedi November Pula Muncul.. Mmmm… Diharap Pemandu Bas Ini Di Kenakan Balasan Sewajarnya.. Dah Terang Lagi Bersuluh Yang Bas Tu Di Pandu Laju.. Klik “Buka” Untuk Berita Penuh..

Spoiler:
PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju…aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.

Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.

Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.

“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.

“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

“Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.

Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.

Sumber Lain,

KERING air mata menangisi pemergian orang yang tersayang. Impian untuk bersemayam di mahligai bahagia kini bertukar menkadi pelamin kaca yang terhempas. Lumat dan leburlah segala harapan.

Bakal bernikah pada 11 November ini (hanya tinggal enam hari) Nurul Hana Abu Hasan, 25, tentu tergamam sebaik mendengar berita sedih itu.

Namun dikuatkannya hati, lalu bergegas ke tempat kejadian, di KM20, Jalan Pekan-Nenasi untuk melihat sendiri pemergian tunang tersayang.

Dan sungguhlah apa yang dikhabarkan. Tunangnya yang tersayang, Ismail Nakayuddin Hamdan, 25, disahkan terkorban apabila bas ekspress Transnasional yang dinaikinya malam semalam, terbabas lalu termasuk ke dalam tali air menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kematian Ismail yang beralamat di Taman Cenderawasih, Kuantan. Dia dipercayai lemas apabila air dan lumpur memasuki bahagian dalam bas yang terbabas.

Turut cedera parah dalam kemalangan bas yang membawa 33 penumpang itu ialah dua penumpang wanita yang belum dikenalpasti. Pemandu bas itu selamat, tetapi dia kini ditahan polis.

Namun cerita sedih Nurul Hana yang kehilangan tunang tercinta yang bakal dinikahi pada 11 November ini siapakah yang sudi mengongsinya? Bolehkah pemandu bas ekspress itu merasai dukacita di dalam hati seorang wanita yang kehilangan orang tersayang hanya beberapa hari sebelum mereka berada di atas pelamin?

P.s:Al Fatihah Buat Mangsa Yang Terkorban – Ismail Naqiuddin Hamdan

P.p.s: Siyes Aku dah Start Takut Naik Bas.. Tak Kira La Bas Ekspres Ke, Bas Mini Ke Mahupun Basikal…!!!

P.p.p.s:Ikut Rasa,Binasa.Ikut Hati, Mati. Ikut Perasaan, Jadi Macam Video Bawah Ni…

http://www.facebook.com/v/453101884436

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Kemalangan Bas di pekan pahang,kemalangan bas transnasional,Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air,gambar kemalangan dipahang,gambar kemalangan semalam,gambar kemalangan di kilometer 20 pahang,gambar kemalangan terbaru,video gambar kemalangan, Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.