Salam Buat Semua, Mengaibkan Pabila Sesuatu Perbuatan Pelik Dan Memalukan Yang Dilakukan Oleh Seseorang Yang Ternama, Kini Di Ketahui Oleh Setiap Ceruk Di Seluruh Dunia.. Inilah Yang Terjadi Pada Putera Jefri Bolkiah (Adik Kepada Sultan Brunei) Yang Dikatakan Memiliki 4 Buah/Orang/Watak/Barbie Dolls/Robot/Patung Erotik @ Sex *Sila Pilih Ayat Yang Betul* Yang Bernilai Lebih Kurang RM33 Juta… Huiyoo… Read More…!!!

Patung Ciptaan J. Seward Johnson Direka Mengikut Rupa Paras Putera Jefri Bolkiah Dan Tunangnya.Tapi Aku Rasa, J. Seward Johnson Ni Tak Cukup Pakar La Dalam Bidang Ni.. Sebab Kalau Korang Tengok Dan Bezakan Gambar Patung Tu Dengan Muka Putera Jefri Bolkiah Tu, Aku Rasa, Muka Patung Tu Lagi Macho Kot… Hehehe…

Aku Pon Tak Sure Apakah Kegunaan Patung Sex Ni Kepada Putera Jefri Bolkiah Ni, Sama Ada Untuk Melepaskan Nafsu Atau Sekadar Koleksi Peribadinya..

Gambar Patung Yang Agak Seksi… 21 Tahun Ke Atas Je… Hehehe…

Petikan Daripada Paper, Klik “Buka” Untuk Membaca <– Kalau Rajin La…

Spoiler:
MANHATTAN – Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

“Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu,” kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. – Agensi

Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong

NEW YORK: Adik Sultan Brunei cuba menahan gambar ‘patung erotik’ bersaiz sebenar, yang menunjukkan dirinya melakukan hubungan seks, ditunjukkan di mahkamah di sini dalam satu kes saman terhadap bekas penasihat guamannya.

Putera Jefri Bolkiah, 55, adik bongsu Sultan Hassanal Bolkiah, merayu hakim di Manhattan bahawa gambar empat patung itu tidak sepatutnya ditunjukkan kepada juri yang akan memutuskan kes. Gambar patung lucah berharga hampir AS$1 juta (RM3.08 juta) menggambarkan dirinya dalam pelbagai aksi seksual dengan tunangnya, Micha Raines, diletakkan di kediamannya di Sunninghill, Long Island, di sini. Jefri juga mahu juri tidak diberitahu bahawa dia ada beberapa isteri dan wanita simpanan kerana ‘ramai warga Amerika memandang serong amalan poligami.’
Pembuat patung, J Seward Johnson Jr mengakui beliau tidak menyedari tempahan itu datangnya daripada putera berkenaan. “Patung itu memaparkan secara terperinci kedudukan dalam buku lama Kama Sutra,” kata jurucakapnya kepada The Daily Beast. Patung itu pernah diletakkan di hartanah putera itu seluas 11.33 hektar di Long Island, New York. Mark Cymrot, peguam seorang defendan dalam saman itu berkata: “Ia membuatkan saya malu. Patung itu benar-benar menunjukkan aksi seks.”

Tuntutan saman putera terbabit, berasingan daripada pertikaian perundangan dengan abangnya, menuduh bekas penasihat terbabit gagal menguruskan kekayaannya dan menipunya AS$7 juta (RM21.57 juta) kerana menjual hartanah 23 bilik itu pada harga hanya AS$11 juta (RM33.90 juta).

Peguam pendakwa, Jeff Stewart, berkata dalam dokumen mahkamah bahawa Faith Zaman, yang disaman bersama suaminya Thomas Derbyshire, mendapatkan gambar patung itu ‘untuk memalukan Putera Jefri.’ Mereka turut menuntut perincian kehidupan percintaannya dikecualikan. “Jefri berhak memiliki beberapa isteri dan dibenarkan melakukannya. Mengikut undang-undang Islam, amalannya sah,” menurut dokumen mahkamah. “Bagaimanapun, poligami dipandang serong ramai warga Amerika dan keterangan perbicaraan mengenai kehidupan peribadi Jefri mungkin satu bentuk prejudis terhadapnya.”

Putera itu memiliki 17 anak dengan tujuh wanita dan dituduh menyimpan gundik. Isu gundik itu kali pertama diperincikan pada 1997 oleh bekas Ratu Amerika, Shannon Marketic yang menyaman putera itu dan sultan kerana menahannya tanpa kerelaan sebagai hamba seks di Brunei dalam istananya yang ada 1,788 bilik.

Dia juga mendakwa ada wanita muda lain digoda sebagai hamba seks selepas megunjungi istana. Selepas tiba di Brunei, katanya, pasport mereka dirampas dan diperiksa kerana penyakit seksual. Tuntutan saman itu, bagaimanapun, ditolak. – bharian

Fakta “Menarik” Tentang Putera Jefri Bolkiah

1. Sebelum disaman oleh Kerajaan Negeri Brunei, Putera Jefri Bolkiah (adik bongsu Sultan Brunei ) berbelanja purata RM1.7 juta sehari.

2. Putera Jefri kini menghadapi saman dari pelbagai pihak termasuk bekas Ratu Cantik California kerana mendakwa diperlakukan seperti hamba seks.

3. Turut menyaman beliau ialah bekas bodyguard isterinya & syarikat minyak wangi.

4. Dalam tempoh 10 tahun, Jefri telah membelanjakan B$2.7 bilion (RM6.2 bilion) utk kemewahan beliau.

5. Jefri memiliki kapal layar, kapal mewah, jet peribadi (termasuk Airbus A300 bernilai RM300 juta).

6. Jefri meminati kereta, beliau mempunyai 2,000 kereta, mostly kereta mewah dan kereta lumba.

7. Kapal layarnya, Bolkiah I dan Tits yang di dalamnya terdapat dua bot kecil, Nipple I dan Nipple II berharga RM138 juta.

8. Jefri memiliki koleksi lukisan mewah termasuk lukisan Renoir berjudul Jeunes Filles Au Piano (Perawan Di Sisi Piano) yg dibeli dengan harga 50 juta pound sterling (RM314 juta).

9. Perangai boros Jefri menjadi ikutan anaknya, Putera Hakeem. Hakeem membeli enam buah kereta Formula 1 milik pasukan terkenal McLaren yg berharga 650,000 pound sterling (RM4 juta) sebuah.

10. Selama enam hari sebanyak 10,000 barangan daripada pemegang mangkuk tandas bersalut emas, perkakas dapur,meja, peralatan gymnasium, helikopter dan simulator pesawat jet dilelong.

11. Jalan Pantai di Jerudong, Brunei di mana tempat lelongan diadakan penuh sesak dgn ribuan kenderaan orang ramai yang ingin menyertai lelongan tersebut.

12. Semasa lelongan seorang ahli perniagaan dari Indonesia berjaya membeli marmar berkualiti tinggi milik Jefri pd harga B$4 juta (RM9.12 juta).

13. Kira-kira 7,000 tan marmar yang cukup untuk membina sebuah lagi Taj Mahal dan masih ada lebihan untuk sebuah istana, dilelong pada hari terakhir.

14. Beberapa barangan lain terpaksa dijual dlm tender berasingan kerana harganya yg terlalu mahal. Antaranya ialah simulator kereta lumba Formula1, simulator Airbus A340 dan helikopter penggempur Commanche.

15. Walau apapun yang menimpa dirinya dan syarikat milik beliau, Jefri sebenarnya akan terus berada dalam golongan mewah.

16. Ketua Hakim Brunei telah membenarkan beliau menerima wang saraan sebanyak B$500,000 ( RM1.14 juta) setiap bulan.

17. Bagi orang yang telah sebati dengan kemewahan, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk Jefri menyara empat orang isteri dan 17 anak beliau.

Ni Dah Jadi Macam Kisah Dalam Filem TROY.. Kejatuhan Kerajaan Troy Kepada Sparta Kerana Skandal Putera Bongsunya. Walaupun Abangnya, Hector Berusaha Mempertahan Negara, Namun Gelombang Kebangkitan Sparta Tidak Mampu Dihadapi Oleh Troy.

P.s:Muka Mungkin Nampak Tak Sama Pasal Patung Tu Takda Misai Kot… Hehehe…

P.p.s:RM33 Juta Tu Daripada Beli Patung, Baik Buat Business Toot-Tone Ni Ha..Ada Gak Paekdahnye.. Tak Gitu… Hehehe..

http://www.facebook.com/v/454259899436

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 bersetubuh, Sultan Hassanal Bolkiah, Sex Statue Prince Jefri, Putera Jefri Bolkiah,gambar Putera Jefri Bolkiah,video Putera Jefri Bolkiah,facebook Putera Jefri Bolkiah,biodata Putera Jefri Bolkiah,siapakah Putera Jefri Bolkiah,Putera Jefri Bolkiah bogel,Putera Jefri Bolkiah terbaru,info Putera Jefri Bolkiah, Gila Babi,gambar patung lucah Putera Jefri Bolkiah dan Micha Raines, J Seward Johnson Jr, Kama Sutra, Putera Jefri Bolkiah adik bongsu Sultan Hassanal Bolkiah, Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.