Salam Buat Semua, Semalam Kita Sekali Lagi Di kejutkan Dengan Berita Pemergian Shamrin Yang Merupakan Penyanyi Kumpulan Fotograf.Allahyarham Dikatakan Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung Pada 6.40 Petang Semalam Ketika Allahyarham Menyertai Perlawanan Bola Sepak di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Petang Semalam. Read More…!!!


Apa Yang Lebih Menyedikan, Isteri Allahyarham, Jazriatul Akma Abu Saman Sekarang Ni Tengah Sarat Mengandung.. Allahyarham Merupakan Seorang Penyanyi Yang Berbakat, Teringat Lagi Masa Kat Sekolah Menengah Dulu.. Time Frust Putus Cinta Monyet Je.. Balik Sekolah,Terus Masuk Bilik Sembam Muka Kat Tilam.. Buka Walkman *Dulu Takde iPod* Layan Lagu Luka Seribu Rindu Nyanyian Kumpulan Mereka Ni… Jiwang Tak Hengat… Apapun, Takziah Buat Keluarga Mangsa.. Baca Berita Penuh Yang Aku Copy/Paste Dari mStar Harini… Klik “Buka” Okey..

Spoiler:
PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin,45, (gambar) dari kumpulan Fotograf meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 6.40 petang, Khamis, ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.

Rakannya, Johan Aziz yang turut menyertai perlawanan mewakili kumpulan artis berkata, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad, sebelum itu mengadu kepenatan kerana menghadiri pertunjukan pentas malam sebelumnya.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak manakala seorang daripada mereka dari perkahwinan terdahulu.

Isterinya, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sekarang ini sedang sarat mengandung.

Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989. Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor sebelum solat Jumaat. – mStar

Lagu Kesukaan Aku.. Sedihnyeeee…

http://www.facebook.com/v/457052224436

P.s: Lagu Kumpulan Fotograf Yang Korang Suke ?

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Penyanyi Kumpulan Fotograf Meninggal Dunia,Kumpulan Fotograf,penyanyi Kumpulan Fotograf,biodata Kumpulan Fotograf,facebook Kumpulan Fotograf,twitter Kumpulan Fotograf,gambar Kumpulan Fotograf,senarai nama Kumpulan Fotograf,album Kumpulan Fotograf,lagu Kumpulan Fotograf,Kumpulan Fotograf meninggal dunia,siapa Kumpulan Fotograf,penyakit Kumpulan Fotograf,karaoke Penyanyi Kumpulan Fotograf Meninggal Dunia, Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.