Salam Buat Semua, Tahniah Diucapkan Kepada Juara Programe Reality One In A Million (OIAM) musim pertama, SUKI, Di Atas Kejayaannya Mencuri Hati Producer Taiwan Dan Bakal Membinatangi Membintangi Drama Taiwan Yang Bertajuk Hantu Mak Limah Go Back Home “The Gift”.Aku Ingatkan Setelah Sekian Lama Menyepi Dah Tak Terlibat Dengan Dunia Hiburan Lagi Dah… Rupanya, Dia Dah Start Berlakon La Pulak… Bagus-bagus.. Bleh La Kita Layan Muka Dia Yang Chomel Tu Nanti Kan…!!! Hehehe.. Read More…!!!

Sumber:
KUALA LUMPUR: Juara One In A Million (OIAM) musim pertama, Low Sook Wee (Suki), 21, bakal muncul menerusi drama Taiwan berjudul The Gift.

Drama yang turut menampilkan pelakon tempatan iaitu Nicholas Teo dan pelakon wanita Taiwan, Cynthia Wang itu dijadual akan disiarkan di saluran Astro pada 21 Disember ini.

Buat pertama kalinya, dia menceburi bidang lakonan di luar dari Malaysia. Suki atau menjalani penggambaran di Taiwan selama empat bulan lalu.

“Drama ini mengisahkan tentang empat orang adik-beradik perempuan. Saya melakonkan watak seorang adik perempuan bernama Ruo Yu.

“Saya hanya mencuba untuk berlakon dalam drama ini setelah mendapat tawaran daripada syarikat produksi di sana,” kata Suki.

Tambahnya: “Kini, saya dapat mengembangkan prospek kerjaya saya yang tidak terikat sebagai penyanyi dan komposer sahaja tetapi saya juga sudah bergelar pelakon.”

Menyentuh tentang nyanyian, penyanyi lagu Ku Teruskan dan Never Say ini sedang merancang menghasilkan album terbaru.

Buat permulaannya, dia mahu memfokuskan kepada single berbahasa Melayu.

Selain itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini akan menjayakan sebuah persembahan muzikal Cina di Genting Highland dalam masa terdekat ini.

Pelajar Brooklyn College ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik secara berperingkat. Bagi memudahkan pembelajaran, Suki lebih mudah belajar secara dalam talian.

Kalau Tak Salah Aku,Mengikut Dalam Kamus Jepun, “Suki” Tu Maksud Dia “Memasak” Kot.. Mesti SUKI Pandai “Suki” Kan..

P.s:Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah SUKI Nampak Di…. <– Sila Sambung…!!!

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.