Salam Buat Semua, Lagi Berita Kemalangan Ngeri Yang Melibatkan Bas Di Penutup Tahun Ini. Kali Ini, 27 Penumpang *Kat Berita Harian Cakap 28 Yang Maut* Yang Kebanyakanya Pelancong Daripada Thai Terbunuh Manakala 13 Daripada Mereka Terselamat Daripada Maut Apabila Bas Yang Dinaiki Mereka Dari Cameron Highland Ke Kuala Kumpur Telah Hilang Kawalan Dan Terbabas Ke Laluan Bertentangan Lalu Terbalik Kedalam Longkang.. Read More…

Ini Merupakan Kemalangan Maut Yang Melibatkan Bas Tertinggi Pernah Dicatatkan Di Malaysia.Malang Tak Berbau Kan.. Niat Untuk Melancong Dan Bercuti Di Malaysia Diakhiri Dengan Kemalangan Ngeri.. Apapun,Diharap Keluarga Mangsa Bersabar Menempuhi Dugaan Ini..

Buat Masa Ini Tak Banyak Gambar Yang Dapat Di Upload.. Maybe Malam Sikit Kot.. Kalau Ada, Nanti Aku Try Upload Lagi Okey.. Kat Bawah Ni Berita Yang Aku Ambil Daripada Bernama..

IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Update:Senarai Nama Mangsa Yang Terkorban:

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

Update Gambar:Sumber Daripada Blog Kak Ina KL

KRONOLOGI : Sumber Daripada Blog Kak Ina KL

# 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
# 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
# 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
# 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
# 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
# 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
# 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
# 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
# 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
# 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
# 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai

Video Daripada Harian Metro Online..

http://www.facebook.com/v/477639249436

P/s:Baru Semalam Ke Ipoh Menghadiri Majlis Perkahwinan Kawan.. Alhamdullilah Selamat…

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors, Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.